Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu tawar pengurangan saman 50 peratus pada 14 hingga 15 Januari ini. Foto: IPD Sibu.

IPD Sibu tawar 50 peratus diskaun saman trafik

SIBU, 12 Jan: Pengguna jalan raya di sini yang memiliki saman tertunggak berpeluang menyelesaikannya pada kadar diskaun sehingga 50 peratus.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pembayaran boleh dilakukan di Balai Polis Trafik Sungai Merah di Jalan Wawasan mulai 14 hingga 15 Januari ini.

Katanya, kaunter pembayaran akan dibuka pada pukul 9 pagi hingga 4 petang bagi tempoh berkenaan.

“Tujuan utama tawaran diskaun ini adalah bagi memberi kemudahan kepada masyarakat di Sibu untuk menyemak dan seterusnya menyelesaikan saman tertunggak mereka pada kadar pengurangan yang diberikan,”katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, semua jenis saman layak mendapat diskaun 50 peratus kecuali saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman bicara mahkamah (bertanda M), saman mahkamah bertanda (/\’) dan saman ubah suai ekzos. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan