Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden Globes berlangsung di Amerika Syarikat. Foto: FB Fahmi Fadzil.

Fahmi ucap tahniah kepada Michelle Yeoh raih Anugerah Golden Globes

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Jan: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden GlobesĀ berlangsung di Amerika Syarikat.

Aktres berusia 60 tahun itu memenangi gelaran Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannyaĀ Everything Everywhere All At Once.

ā€œSuatu pencapaian yang sungguh menakjubkan, dan pastinya amat berbaloi. Satu penghormatan buat negara,ā€ katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filemĀ Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) and Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Baru-baru ini, Yeoh juga diumumkan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah Time. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan