Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wajah ceria para graduan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak pada majlis konvokesyen di Kuching, hari ini. Foto: Amirah Shawel (TVS)

CENTEXS lahirkan 1, 241 graduan menerusi konvokesyen ketujuh

ByAmirah Shawel

KUCHING, 11 Jan: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) melahirkan 1,241 orang graduan menerusi majlis konvokesyen ketujuh yang bermula hari ini sehingga 13 Januari.

Istiadat konvokesyen disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di CENTEXS di sini, hari ini.

Seramai 973 graduan adalah daripada Akademi Industri (IA) dan 268 graduan adalah daripada Akademi Digital (DA) yang akan menerima sijil berasaskan kompetensi.

Graduan yang terlibat adalah pelajar daripada 39 program berbeza termasuk program minyak dan gas, teknologi fesyen, hospitaliti, pembinaan dan digital.

Dalam pada itu, CENTEXS berjaya melahirkan para graduan dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi.

Hadir sama, Pengerusi CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan