Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud menyebabkan penduduk panik dan merosakkan beberapa bangunan di wilayah Pantai Utara Maluku Barat Daya. Foto: TVS

Gempa bumi bermagnitud 7.5 gegar Maluku

JAKARTA, 10 Jan: Pantai Utara Maluku Barat Daya digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud, hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi itu berlaku pada jam 2.47 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan dan dirasai pada kedalaman 130 kilometer di bawah dasar laut.

Beberapa gempa susulan dengan magnitud melebihi 5 magnitud turut menggegarkan kawasan tempatan selepas kejutan besar itu.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, gempa bumi itu menyebabkan panik dan kerosakan beberapa bangunan di sekitar kawasan itu.

“Data setakat 10.13 waktu tempatan, 15 rumah penduduk Pulau Tanimbar rosak, beberapa sekolah turut musnah kesan gempa bumi, manakala tiada kemalangan jiwa berlaku, sebaliknya seorang mangsa cedera parah,” katanya.

Menurutnya, ramai penduduk bertindak keluar dari rumah apabila gegaran gempa bumi yang dirasai kira-kira tiga hingga 5 saat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan