Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan wartawan pada majlis penyerahan surat hasrat (Letters of Intent) di Jakarta pada Ahad. Foto: Bernama

Indonesia sentiasa diberi keutamaan oleh Malaysia – Anwar

ByBernama

JAKARTA, 9 Jan: Malaysia sentiasa memberi keutamaan kepada Indonesia dalam hubungan dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Indonesia menerima saya sebagai sahabat sejati, jadi saya tidak melupakan,” katanya kepada media selepas menyaksikan penyerahan surat hasrat dan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Indonesia di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan memilih Indonesia sebagai negara pertama kunjungan rasminya setelah menyandang jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov lepas.

“Indonesia itu jiran, serumpun, persahabatan baik, sahabat sejati dalam keadaan saya terlempar, terbuang, tersisih,” katanya.

Hari ini, beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo atau lebih mesra dipanggil Jokowi di Istana Bogor, Jawa Barat, kira-kira 54 kilometer dari Jakarta Selatan.

Ditanya mengenai agenda pertemuannya dengan Jokowi, Anwar berkata ada 12 perkara yang disenarai untuk dibincangkan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Anwar diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Adlan Mohd Shaffieq. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan