Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sidang media program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Bukit Panchor hari ini. Foto: TVS

Siasatan jurulatih bola tampar menampar pelajar selesai

ByTVS

NIBONG TEBAL, 8 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) selesai melakukan siasatan berhubung isu kontroversi seorang jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain pelajar perempuan baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, laporan siasatan berkenaan telah dihantar kepada Unit Tatatertib dan Integriti KPM untuk siasatan selanjutnya.

Katanya, pihaknya bagaimanapun sedang menunggu hasil siasatan kes berkenaan.

Baca artikel berkaitan: 

  1. Kementerian Pendidikan akan berjumpa ibu bapa isu jurulatih tampar pemain bola tampar
  2. Nasib jurulatih bola tampar Melaka ditentukan Rabu ini
  3. Jurulatih bola tampar mohon maaf secara terbuka

“Kita ada ruang keadilan untuk semua pihak, guru (jurulatih) tersebut boleh buat representasi, jadi soal proses itu sangat penting dari awal dan kita tidak berkompromi soal keganasan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes dua pelajar perempuan yang menyertai kejohanan bola tampar yang ditampar jurulatihnya baru-baru ini.

Tangkap layar video yang memaparkan jurulatih dipercayai menampar dua pemain bola tampar pelajar wanita.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada sidang media program Pasar Percuma Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi di Bukit Panchor di sini.

Sebelum ini media melaporkan mengenai insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku ketika Kejohanan Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu.

Susulan insiden itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka B14 berkenaan.

Ibu bapa kepada atlet remaja itu bagaimanapin dilaporkan memohon supaya jurulatih berkenaan dikekalkan dengan meminta semua pihak menghentikan kecaman mahupun mengambil sebarang bentuk tindakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan