Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kim Pan Gon memeluk penjaring tunggal gol negara, Mohamad Faisal Abdul Halim selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto: Bernama

Piala AFF: Menang 1-0 tidak cukup – Pan Gon

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon mengakui kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama malam tadi, tidak mencukupi untuk mengukuhkan peluang ke final Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Menyedari aksi sengit menanti skuad Harimau Malaya di separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini, Pan Gon menaruh keyakinan anak buahnya kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir.

“Kemenangan 1-0 jelas tidak mencukupi apatah lagi beraksi di laman sendiri tapi saya tetap gembira dengan keputusan malam tadi.

“Ia satu perlawanan sukar kerana Thailand adalah pasukan kuat. Kita cuba memberi tekanan kepada mereka tapi ia tidak mudah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Pan Gon berasa lega kerana pasukan kebangsaan tidak dibolosi selepas pemain sayap lincah negara Mohamad Faisal Abdul Halim membuka jaringan pada minit ke-11.

“Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, keputusan sepatutnya berpihak kepada kita 3-0 namun pasukan lawan juga mempunyai banyak peluang mendapatkan gol. Cuma pemain adalah manusia dan melakukan kesalahan. Saya harap para pemain dapat pulih dengan cepat,” katanya.

Mengenai gol hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 dinafikan oleh pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Pan Gon berkata: “Saya tidak nampak (insiden) itu dengan jelas, saya tidak boleh kata apa-apa.”

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand Alexandre Polking kecewa dengan kekalahan dialami anak buahnya biarpun mereka mendominasi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Sebagai jurulatih, saya tidak suka kekalahan sebegini tapi ini adalah bola sepak dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Saya tidak pernah menyangka Thailand boleh mendominasi permainan kerana Malaysia berbeza sama sekali di peringkat kumpulan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yakin mampu mengubah keputusan apabila menerima kunjungan Malaysia di laman sendiri pada Selasa.

“Ia keputusan baik buat Malaysia dengan penyokong yang hebat tapi kami juga mempunyai peminat hebat dan saya pasti mereka akan mendorong pemain untuk menjaringkan gol,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan