KUCHING, 8 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan.
Enam kru dan seorang tekong warga tempatan berusia lingkungan 38 hingga 64 tahun turut ditahan, pihak Maritim juga menyita peralatan menangkap ikan bernilai RM 500,000 serta tangkapan ikan berjumlah 200 kilogram.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, mereka menerima aduan dari orang awam berkaitan dengan aktiviti penangkapan ikan yang dicerobohi oleh nelayan tempatan.
“Kesemua kru serta bot nelayan ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini,
Maritim Malaysia mengingatkan nelayan supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan pihak Maritim tidak akan berkrompomi ke atas kesalahan yang boleh memberi kesan yang serius kepada ekosistem pantai dan kelestarian hidupan laut. – TVS