Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof menyaksikan penyerahan ambulans sumbangan AMAL Kuching kepada Masjid Nurul Khair, Kampung Semariang Batu di sini hari ini. Foto Facebook Fadillah Yusof.

Fadillah puji perkhidmatan van jenazah dan ambulans percuma di seluruh Sarawak

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 8 Jan: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memuji usaha Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti (AMAL) Kuching atas inisiatif memperluaskan perkhidmatan ambulans dan van jenazah milik mereka secara percuma ke seluruh Sarawak.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, berdasarkan pengalaman bersama Sarawak Volunteers dan Yayasan Sarawak, usaha membantu golongan memerlukan perkhidmatan berkenaan sering berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, antara kekangan utama yang dihadapi termasuklah kos yang tinggi.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AMAL Kuching.

“Mereka turut menawarkan perkhidmatan membawa jenazah dari Semenanjung Malaysia balik ke Kuching dan dihantar ke destinasi di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyaksikan penyerahan ambulans sumbangan AMAL Kuching kepada Masjid Nurul Khair, Kampung Semariang Batu di sini hari ini.

Sementara itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya memberitahu, AMAL mempunyai cawangan di setiap bahagian dan daerah di Sarawak.

Kata beliau, ini membolehkan urusan penghantaran jenazah ke destinasi terakhir dapat dilakukan dengan lancar.

“Selain memudahkan urusan membawa jenazah, penyediaan ambulans berkenaan turut dapat membawa pesakit yang terlantar ke pusat kesihatan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan