Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lebih 70 bakal haji menyertai Kursus Haji Perdana di pekarangan Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang Sarikei. Foto: TVS

Bakal jemaah haji sertai kursus praktikal pertama selepas endemik

SARIKEI, 8 Jan: Lebih 70 bakal haji dari kawasan tengah Sarawak menyertai Kursus Haji Perdana di pekarangan Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang Sarikei.

Program praktikal pertama selepas negara memasuki fasa endemik itu dianjurkan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar Rahmah bersama Lembaga Tabung Haji (TH).

Ustaz Hatta Haji Ali memimpin Kursus Haji Perdana di pekarangan Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang Sarikei.

Jawatankuasa Pengurusan Haji Bahagian Sarikei, Enon Bujang berkata, program itu memberi peluang kepada bakal jemaah mendapat gambaran sebenar menunaikan ibadah haji di Mekah.

“Pada pagi ini, kami semua melakukan praktikal haji seperti tawaf, saie, melontar jamrah dan sebagainya. Seramai 70 lebih orang yang telah menghadiri kursus haji di Masjid Ar Rahmah. Kita juga ada menjemput Imam Masjid Ar Rahmah untuk menghadiri kursus tabung haji yang dipimpin oleh Ustaz Hatta Haji Ali,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Masjid Ar Rahmah menjelaskan program tersebut memberi makna besar kepada semua bakal jemaah berikutan ia pendedahan penting berkaitan apa yang dilalui mereka di Tanah Suci Mekah nanti.

Secara tidak langsung, beliau berkata, program tersebut menanam keazaman tinggi peserta bagi menunaikan haji apatah lagi sebahagian besar dalam kalangan mereka baru pertama kali mengerjakannya.

“Syukur alhamdulillah, setelah dua tahun lebih tidak dapat menunaikan fardu haji disebabkan pandemik COVID-19, anggaran pada bulan Julai 2023 pada tahun ini, insyaAllah kita dapat menunaikan haji,” katanya lagi.

Beliau juga berharap semua peserta memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang dipelajari supaya mereka lebih bersedia, di samping mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang berada di Tanah Suci Mekah nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan