Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video yang tular di media sosial yang menunjukkan kejadian pergaduhan berkenaan. Foto: Media sosial

6 lelaki ditahan kes pergaduhan di Miri

MIRI, 8 Jan: Enam lelaki ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11 pagi tadi.

“Ekoran itu kesemua suspek yang merupakan rakyat tempatan berbangsa Cina dalam lingkungan umur 19 hingga 34 tahun ditahan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Pada masa sama, Alexson Naga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Balai Polis Miri Pusat untuk membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Inspektor Ramping Jimbai di talian 085- 433222,”katanya.

Kejadian berkenaan turut tular di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan