Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni menyerahkan skrol kepada pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Keusahawanan, Mohd Nazreen Bin Hussain. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

TCS institusi pengajian tinggi perniagaan terbaik di Sarawak – Abang Johari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 7 Jan: Kolej Teknologi Sarawak (TCS) menjadi antara institusi pengajian tinggi (IPT) perniagaan terbaik di Sarawak dengan kadar kelulusan yang tinggi melebihi sasaran yang ditetapkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata TCS merupakan antara institusi yang melahirkan graduan dengan nilai kebolehpasaran yang tinggi.

“Pencapaian ini adalah sesuatu yang perlu dibanggakan oleh semua pelajar dan kakitangan TCS. TCS juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada kemahiran dalam pasaran pekerjaan hari ini, kerana berjaya melahirkan graduan dengan kemahiran kebolehpasaran yang mendapat permintaan tinggi dalam industri pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni pada Majlis Graduasi ke-17 TCS di Pusat Konvensyen dan Hotel Raia pada Sabtu.

Katanya lagi, 98 peratus graduan dari kolej berkenaan berjaya diterima bekerja dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian mereka.

Kolej tersebut menawarkan kursus kelas pertama dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), yang kesemuanya merupakan institusi pengajian tinggi bertaraf 5 bintang di Malaysia, serta program Asasi dan Diploma tempatan sendiri.

Menurut Abang Johari, pelajar yang menuntut di TCS diberi jaminan dalam aspek pendidikan berkualiti dan kebolehpasaran yang tinggi dalam dunia pekerjaan.

Selain itu, para pelajar juga menerima manfaat dari segi bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan bagi membayar yuran pengajian.

“Dengan ini, pelajar dan keluarga tidak dibebani dengan urusan kewangan dan mereka akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran,” katanya.

Terdahulu, seramai 563 graduan TCS menerima skrol masing-masing pada Majlis Graduasi ke-17 TCS di Pusat Konvensyen dan Hotel Raia, di sini, hari ini.

Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk meraikan pelajar yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2020, 2021 dan 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan