Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Harimau Malaya menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara. Foto: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Tayangan aksi Malaysia-Thailand di 14 skrin besar – Hannah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Penyokong bola sepak tanah air yang tidak dapat membeli tiket bagi aksi Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, akan dapat menyaksikan tayangan perlawanan itu di 14 skrin besar yang disediakan di seluruh negara.

Antara lokasi skrin besar yang akan menayangkan aksi separuh akhir pertama Piala AFF itu termasuklah Dataran Merdeka di sini; Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya; Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di Negeri Sembilan; dan Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kementerian berkenaan bersama Kementerian Perpaduan Negara, mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat menikmati aksi tersebut.

“Semoga sokongan padu ini akan membawa Malaysia ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata, selepas menewaskan Singapura 4-1 pada Selasa, dengan Vietnam muncul selakujuara kumpulan.

Selepas separuh akhir pertama di Bukit Jalil, skuad Malaysia akan berlepas ke Thailand untuk aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Pathum Thani yang terletak di utara Bangkok, pada 10 Jan.

Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Malaysia akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.

Kesemua 59,000 tiket bagi aksi esok telah habis dijual secara dalam talian dalam tempoh kurang 24 jam.

 

Senarai 14 lokasi tayangan besar:

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

2. Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya

3. Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

4. Meow Garden, Ulu Kinta, Perak

5. Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor

6. Dataran Kemerdekaan, Shah Alam

7. Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang

8. Dataran Stadium Kajang

9. Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam

10. Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan

11. Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka

12. Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang

13. Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak

14. Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah

 

– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan