Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama.

PM akan bertemu pemimpin Sabah selepas pulang dari Jakarta

ByBernama

PETALING JAYA, 7 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah bagi membincangkan isu politik negeri itu sebaik sahaja pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia.

Ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, Anwar berkata, beliau telah menghubungi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan berpuas hati dengan keadaan semasa di negeri itu yang dianggap dalam keadaan terkawal.

“Saya juga difahamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah bercakap dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan keadaan terkawal untuk seketika.

“Kita (kerajaan) akan pastikan keadaan pengurusan kerajaan negeri itu tidak terjejas kerana keutamaan kita ialah menjana pertumbuhan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat. Pastinya selepas saya kembali dari Jakarta saya akan beri perhatian khusus tentang perkembangan di Sabah,” katanya.

Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok hingga Isnin ini atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Semalam, Bung Moktar dalam sidang media mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukannya sebagai Ketua Menteri, selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) telah dilanggar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan