Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Madam Pang intai pemain skuad bola sepak negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Pengerusi kelab Port FC yang berpangkalan di Thailand, Nualphan Lamsam tanpa berselindung mengakui sedang ‘mengintai’ beberapa pemain skuad bola sepak kebangsaan untuk beraksi bersama kelabnya pasa masa akan datang.

Beliau yang turut dikenali sebagai Madam Pang berkata, kelibat pemain seperti tonggak tengah Stuart Wilkin dan penyerang Darren Lok pada saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang sedang berlangsung, antara yang mencuri tumpuannya.

“Saya rasa ketua pasukan nombor 11 (Safawi Rasid) anda akan bermain di Ratchaburi FC dan anda juga mempunyai seorang pemain yang beraksi untuk  Buriram United (Dion Cools), namun dia tidak menyertai Piala AFF. Walaupun Piala AFF ini tiada dalam kalendar FIFA, tetapi Port FC tetap berusaha mengenal pasti pemain.

“Anda mungkin memiliki ramai pemain yang bagus. Kami nampak beberapa pemain dan daripada perlawanan terakhir tempoh hari saya nampak pemain anda seperti nombor 8 (Wilkin) dan nombor 9 (Darren),” katanya yang juga pengurus skuad bola sepak Thailand, pada sidang media di sini hari ini.

Kelab Port FC yang berada di tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam saingan Liga Thai 1, kini mengumpul 22 mata dipisahkan 17 mata dengan pendahulu liga, Buriram United yang mengutip 39 mata.

Mengulas mengenai peranan 59,000 penyokong Malaysia sebagai ‘pemain ke-12’ skuad Harimau Malaya yang akan hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF menentang Thailand malam ini, beliau berkata mereka tetap mendatangkan ancaman besar buat skuad Gajah Perang itu.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya 59,000 tiket ditawarkan berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikosongkan’ kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.

“Jumlah tersebut tetap banyak bagi kami dan saya faham rakyat Malaysia mahu stadium itu penuh. Sebelum ini, ketika kami menentang Singapura ‘pemain’ nombor 12 ini penting,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan