Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo GRS

GRS dapat sokongan majoriti lebih daripada cukup di Dewan DUN – Masidi

ByBernama

KOTA KINABALU, 7 Jan: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan majoriti lebih daripada cukup daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dakwa Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun.

Justeru beliau berkata tiada merit terhadap dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa Datuk Seri Hajiji Noor tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk terus kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata Hajiji dan semua bekas ADUN Bersatu yang telah keluar daripada parti itu bulan lepas adalah semua ahli terus GRS.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. BN umum tarik diri daripada kerajaan Sabah
  2. 2. Hajiji perlu letak jawatan

“Perlu dipatuhi bahawa Perlembagaan Negeri Sabah direka untuk mewujudkan kepastian dan kestabilan politik Sabah. Adalah menjadi asas kepada perintah perlembagaan Sabah bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) (Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin) tidak diheret ke kancah politik, pertikaian atau perebutan kuasa.

“Saya berharap pemimpin politik tertentu mematuhi perkara ini dan memberi penghormatan kepada TYT dan pejabat beliau. Oleh itu amalan membawa surat akuan berkanun yang ditandatangani kepada Istana baru-baru ini sebagai bukti keyakinan ADUN terhadap kerajaan adalah tidak diperlukan dan harus dihentikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Bung Moktar yang dilihat cuba menimbulkan keraguan dan kekeliruan berhubung keabsahan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Menurut Bung Moktar, Hajiji tidak layak menjadi Ketua Menteri berdasarkan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.

Malam tadi, UMNO dan BN Sabah mengumumkan mereka menarik balik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Tiga ADUN Sabah daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) turut menyatakan pendirian bahawa Hajiji tidak lagi mendapat sokongan majoriti sebagai Ketua Menteri Sabah, malam tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan