Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni ketika sidang media.

Fasiliti kesihatan di Sarawak perlu ditambah baik – Lukanisman

ByIzzah Kamilah Yunus

SIMUNJAN, 7 Jan: Fasiliti kesihatan di Sarawak perlu ditambah baik mengambil iktibar peningkatan pesakit melebihi jangkaan sejak wabak COVID-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, fasiliti kesihatan yang masih ketinggalan menyebabkan negara memerlukan perkhidmatan yang baik secara berterusan.

“Kita sedar kita perlu menyediakan perkhidmatan yang terbaik di dunia dengan kadar harga yang minimum termasuk di Sarawak.

“Kita harus membahagikan fokus kerana kita tidak boleh bergantung kepada jumlah populasi di Sarawak untuk membina klinik, tetapi kita harus membina berdasarkan potensi dan keperluan supaya kita mendapat akses kepada rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Hospital Simunjan pada Sabtu.

Memetik contoh sektor pendidikan menaik taraf sekolah daif, Lukanisman berkata, ini merupakan masa yang sesuai untuk maju ke hadapan memastikan fasiliti kesihatan kita berada ditahap terbaik.

“Mempunyai klinik kesihatan yang terbaik membolehkan orang ramai mendapatkan rawatan sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Walaupun apa yang difokuskan  ini mengambil masa, tetapi kerajaan menerima semakin ramai pakar,” katanya lagi.

Dalam lawatan kerjanya itu beliau sempat menyantuni beberapa warga di Hospital Simunjan dan memberi hamper kepada ibu yang baharu bersalin. – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan