Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah dan Dr Annuar merakam kenangan bersama para pelajar dan guru di SK St Mary's Sibu Foto: FB Fadillah Yusof

SK St Mary Sibu, lokasi pertama lawatan kerja rasmi TPM di Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

SIBU, 6 Jan: Datuk Seri Fadillah Yusof mengunjungi SK St Mary Sibu hari ini sebagai lokasi pertama lawatan kerja rasmi beliau di Sarawak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Lawatan satu setengah jam beliau di sini katanya turut meninjau bangunan lama sekolah berkenaan yang sebelum ini merupakan bangunan sekolahnya yang dahulu.

“Ibarat sirih pulang ke gagang, pagi ini saya menjadikan SK St Mary di Sibu, sekolah rendah saya dahulu, sebagai lokasi pertama lawatan kerja rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu hantaran di akaun rasmi Facebooknya hari ini.

Fadillah dalam pada itu turut melawat bilik guru serta ruang pejabat di bangunan baharu sekolah itu yang kini terletak di bangunan bersebelahan.

“SK St Mary Sibu adalah antara sekolah terbaik dari segi pencapaiannya dan saya memasuki darjah satu sekolah ini pada tahun 1969,” ujarnya lagi pada hantaran berkenaan.

Dalam perjumpaan santai dengan warga sekolah itu beliau turut menasihatkan murid-murid SK St Mary tidak melupakan jasa dan pengorbanan para guru serta sentiasa patuh akan nasihat dan tunjuk ajar para guru.

“Ketegasan guru dalam mendidik saya ketika itu sehingga selalu juga kena rotan menjadikan saya berjaya seperti sekarang sehingga dapat menyumbang kembali kepada rakyat, negeri dan negara,” tegasnya

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan