Selepas mengumpulkan keluhan, rungutan dan aduan pengguna mengenai isu kelewatan penerbangan AirAsia, KPDNHEP telah membuat penelitian awal dari segi kepentingan pengguna mengikut bidang kuasa kementerian dan menghubungi pengurusan AirAsia bagi mendapatkan maklum balas.

Piala AFF 2022: AirAsia rai demam bola sepak, tawar tambang istimewa KL-Bangkok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, dari 6 hingga 11 Jan.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tambang termasuk semua bagi penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur ialah THB5,000 (RM647.54) manakala tambang penerbangan termasuk semua, perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM500.

“Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Harga tambang tetap istimewa ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 7 hingga 8 Jan dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Jan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, esok.

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada Selasa (10 Jan). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan