Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Kesiapsiagaan KKM hadapi COVID-19 diperjelas 10 Jan

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Jan: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperjelas aspek pengukuhan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi gelombang COVID-19 dalam sesi libat urus bersama media pada Selasa depan (10 Jan), kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Ketika ini, katanya KKM sedang mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, pengendali lapangan terbang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi melihat aspek yang boleh diperkemas.

“Boleh tanya apa sahaja soalan dan kita akan cuba jawab dan menjelaskan segala tanggapan tidak benar dan pemahaman berkaitan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di sini hari ini, ketika ditanya mengenai kesiapsiagaan KKM berdepan COVID-19.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ditanya sama ada terdapat sebarang cadangan untuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti yang dilaksanakan oleh Sabah, Dr Zaliha berkata sebarang perkembangan berkaitan akan diumumkan kemudian.

Pada 4 Jan lepas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri itu, berkuat kuasa 8 Jan.

Masidi berkata pengembara berkenaan juga perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

Terdahulu ketika berucap pada majlis amanat itu, Dr Zaliha berkata KKM memandang serius terhadap perkembangan terkini mengenai situasi penularan COVID-19 dalam negara dan berusaha melindungi sistem kesihatan awam negara.

“KKM akan mengukuhkan aktiviti surveilans (pengawasan) COVID-19 dalam kalangan pengembara di pintu masuk negara dan saringan ke atas pengunjung yang bergejala dan disyaki dijangkiti COVID-19 bagi tindakan seterusnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan