Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek dan ibu mangsa ditangkap untuk siasatan lanjut. Foto: PDRM.

Pukul anak OKU kekasih hingga mati, buang dalam semak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 5 Jan: Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan (DSP) Poge Nyaon berkata soal siasat terhadap suspek lelaki mendapati dia telah memukul anak bongsu teman wanitanya sehingga meninggal dunia.

Suspek yang berumur 35 tahun kemudiannya membuang mayat kanak-kanak perempuan berkenaan di kawasan semak di Kampung Kranji, Bau.

“Suspek menunjukkan tempat membuang mayat mangsa. Ibu mangsa telah dibawa ke lokasi dan mengesahkan bahawa itu anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung dipegang mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dia ditahan polis di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini kira-kira pada jam 3 petang semalam. Suspek wanita yang berumur 34 tahun pula ditahan di Jalan Stampin Timur.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Poge memberitahu, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 21 Disember lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan