Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh mengadakan perjumpaan berhubung RADDA bersama Kelana Kipli dan Badjuri Bidin di Sarikei, hari ini. Foto: TVS

Projek utama di bawah RADDA sedang dikenal pasti

SARIKEI, 5 Jan: Kerajaan sedang mengenal pasti projek rakyat yang bakal diberi keutamaan untuk dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata ia membabitkan projek rakyat yang sudah diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg namun belum dilaksanakan khususnya di bahagian Mukah, Sarikei dan sebahagiannya di Sibu.

Beliau berkata pendekatan itu merupakan sebahagian langkah strategik kerajaan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan memberi impak kepada rakyat.

“Satu pendekatan yang akan kita ambil dalam pelaksanaan RADDA iaitu di dalam bahagian Sarikei dan Mukah dan sebahagian dari daerah di bahagian Sibu iaitu dengan mengenal pasti projek-projek yang diberi keutamaan.

“Terutama sekali projek-projek yang telah diumumkan oleh Premier Sarawak kita yang dikategorikan di dalam sebagai projek rakyat yang belum dilaksanakan,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Pegawai Tadbir Khas RADDA, Kelana Kipli dan pentadbiran bahagian Sarikei di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin.

Sehubungan itu tegasnya, peruntukan RM1.5 bilion yang disalurkan kepada RADDA sebelum ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan tersebut.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan kekal komited menjayakan agenda penting itu kerana sedar kesan besarnya terhadap sosial dan ekonomi rakyat dalam tempoh jangka panjang.

“Penting bagi Yang Berhormat (YB) yang berada di bawah RADDA ini mengenal pasti projek-projek yang perlu dilaksanakan dalam masa terdekat atau pun dalam peruntukan yang telah disediakan oleh Premier Sarawak kita untuk agensi RADDA ini.

“Saya berasa sangat yakin dengan apa yang telah dibincangkan dari segi pelaksanaannya, kerjasama dari pejabat residen dan juga daerah di bahagian Sarikei dan Mukah ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan