Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Negara Malaysia. Foto Bernama.

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek untuk terus stabil

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM43.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM41.10 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk tempoh tujuh dan 14 hari, serta tiga tender Qard yang melibatkan tender RM1.6 bilion selama tujuh hari, tender RM1.1 bilion (14 hari) dan tender RM200 juta (21 hari).

BNM juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender RM270 juta (90 hari) dan tender RM490 juta selama 181 hari.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM41.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM37.2 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan