Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah 15 pintu di Uma Bakah, Sungai Asap yang musnah dalam kebakaran pada petang, Khamis. Foto: Bomba dan Penyelamat.

Kerajaan bantu bina semula rumah panjang di Uma Bakah yang musnah dalam kebakaran

ByConnie Grace

KUCHING, 5 Jan: Kerajaan Sarawak akan menyediakan peruntukan bagi membina semula rumah panjang yang musnah dalam kebakaran di Uma Baha yang juga dikenali sebagai Uma Bakah pada Khamis.

Bagi tujuan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata setiap keluarga yang terjejas akan diperuntukkan RM70,000.

“Jabatan Kebajikan juga membantu dari segi bantuan makanan dan peralatan dapur,” katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Baca artikel berkaitan > > > 15 pintu rumah panjang di Uma Bakah musnah dalam kebakaran

Pihaknya akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga bagi menyelaraskan bantuan kepada mangsa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak Datu Khirudin Drahman memuji kecekapan Bomba Sukarela Kampung Uma Daro dalam memadam kebakaran agar tidak merebak ke rumah bersebelahan.

“Inilah hasil latihan yang kita bagi kepada masyarakat atau secara khususnya anggota bomba sukarela,” ujarnya ketika dihubungi.

“Apa yang penting kita sentiasa mengamalkan prinsip 3L iaitu tidak lalai, leka dan lupa untuk sebagai langkah awal mengelak kebakaran,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan