Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cristiano Ronaldo menyertai kelab Liga Pro Saudi Al Nassr

‘Tugas saya di Eropah sudah selesai’ – Ronaldo

ByBernama

RIYADH, 4 Jan: Cristiano Ronaldo tidak terpengaruh dengan kritikan terhadap keputusannya untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi Al Nassr dan mengumumkan bahawa kerjanya di Eropah sudah selesai, lapor STATS Perform/dpa.

Selepas kontrak dengan Manchester United ditamatkan pada November selepas mengkritik kelab itu dalam temu bual dengan Piers Morgan, Ronaldo mengesahkan perpindahannya ke Al Nassr minggu lepas.

Keputusannya menyertai pasukan berpangkalan di Riyadh itu mengejutkan ramai pihak.

Namun, pemain berusia 37 tahun itu yakin beliau tidak mempunyai apa-apa lagi dalam bola sepak Eropah sambil mendakwa telah menolak tawaran beberapa kelab, sebaliknya menandatangani perjanjian dua setengah tahun bersama Al Nassr.

“Di Eropah, kerja saya sudah selesai. Saya memenangi segala-galanya dan bermain untuk kelab paling penting di Eropah.

“Ini adalah peluang yang baik untuk saya, bukan sahaja dalam bola sepak bahkan untuk mengubah mentaliti generasi baharu di Arab Saudi.

Pemain penyerang itu bagaimanapun melihat Liga Pro Saudi itu sebagai satu cabaran yang tulen sekali gus membidas mereka yang mempersoalkan motif di sebalik perpindahannya itu.

“Ramai yang bercakap, memberikan pendapat mereka, namun mereka sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak.

“Bagi saya, ia bukan penamat dalam karier saya. Saya mahu berubah dan saya tidak risau dengan apa yang orang kata. Saya membuat keputusan dan saya bertanggungjawab ke atasnya.

“Saya datang ke sini untuk menang, bermain, berseronok, menjadi sebahagian daripada kejayaan negara dan budaya negara. Apa yang saya mahu ialah menikmati, senyum dan bermain bola sepak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan