Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan.

Tempahan meja makan malam di ambang Tahun Baru Cina, meningkat

KUCHING, 4 Dis: Dengan berbaki kurang daripada tiga minggu untuk perayaan Tahun Baru Cina, tempahan terhadap restoran di sekitar bandar raya ini direkodkan mengalami peningkatan berbanding pada tahun lepas.

Tinjauan TVS di beberapa buah restoran terkenal di sini menyaksikan tempahan pada malam ambang Tahun Baru Cina kelak ke arah positif.

Menurut penyelia sebuah restoran di Kuching, Shauna Law, jumlah pelanggan yang makan di premis ketika ini turut meningkat susulan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilonggarkan pada tahun lepas.

“Setakat ini, tempahan untuk makan malam Tahun Baru Cina sudah penuh memandangkan kini tiada lagi had kapasiti tempat yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara, Pengerusi Persatuan Restoran Sarawak, Kapitan Stanley Hu berkata terdapat banyak tempahan meja untuk makan di premis yang diterima di restoran miliknya sempena Tahun Baru Cina kali ini.

“Kami yakin apabila waktu semakin hampir menjelang Tahun Baru Cina, tempahan meja untuk makan di premis juga akan bertambah,

“Dengan ini, kami menggesa pelanggan untuk membuat tempahan secepat mungkin jika ingin mengadakan perjumpaan sempena makan malam bersama keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi TVS pada hari ini.

Beliau turut menambah bahawa terdapat sedikit pelarasan terhadap harga barang namun tidak mempunyai perbezaan yang banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, kenaikan kadar inflasi negara telah memaksa pemilik restoran untuk menaikkan harga makanan ekoran kenaikan harga barang mentah daripada pihak pembekal.

Situasi sedemikian diakui oleh pengurus pemasaran di sebuah restoran terkenal di sini, Janet Ho, berhubung peningkatan pelanggan tahun ini agak perlahan berbanding tahun-tahun sebelum negara dilanda wabak COVID-19.

“Kami menaikkan harga makanan atas faktor inflasi yang dihadapi memandangkan harga ini telah diseragamkan agar perniagaan tidak mengalami kerugian yang banyak,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan