Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Peruntukan geran khas kepada Sabah dan Sarawak harus dikaji, pastikan kenaikan munasabah

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Jan: Jumlah peruntukan bagi geran khas kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan harus dikaji setiap lima tahun agar jumlahnya lebih munasabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan akan memastikan terdapat peningkatan jumlah munasabah terhadap geran berkenaan, dan ia adalah berbeza dengan pemberian geran mengikut bilangan penduduk (capitation grant) atau geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ada peruntukan khas 112D yang menetapkan peruntukan munasabah kepada Sarawak dan Sabah yang mula diberi RM16 juta dan RM26 juta, dan harus dikaji setiap lima tahun, tetapi hal ini tidak berlaku,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan akan menghidupkan semakan jumlah geran itu dan berharap ia dapat dimuktamadkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Kuching akhir bulan ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan