Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Foto: Bernama.

Laporan keberkesanan JKMPAY dibentang dalam masa terdekat – Nancy

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Jan: Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibentangkan dalam masa terdekat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata kajian berkenaan telah selesai dijalankan oleh JKM, selain kajian terhadap projek rintis JKMPay yang dilaksanakan selama enam bulan pada 2021, di beberapa negeri.

“Sekarang ini kita tunggu laporan kerana kita mahukan manfaat yang lebih baik kepada pengguna JKMPay.

“Kalau lebih ramai gemar bayaran tunai, tiada masalah untuk buat pertukaran balik (daripada bayaran tanpa tunai) tetapi ia akan mengambil masa sebab ada sistem tertentu yang perlu dilalui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2023 kepada warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.

Nancy berkata demikian sebagai mengulas cadangan Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi semalam agar JKMPay dimansuhkan kerana ia tidak mesra pengguna dan menyukarkan penerima untuk membuat pembelian dengan kad bayaran tanpa tunai.

Melalui JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam, manakala baki 50 peratus akan dimasukkan ke dalam kad JKMPay.

Ia antara lain bertujuan membantu penerima untuk mengurus serta mengawal pembelanjaan wang bantuan secara berhemat.

Sebelum ini, dilaporkan sekumpulan persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) turut menghantar memorandum agar JKMPay dimansuhkan kerana pemotongan 50 peratus bantuan membebankan golongan itu selain menyekat kebebasan untuk berbelanja kerana pembelian terhad beberapa barangan sahaja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan