Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ameer Dawi, Noraishah Tan Abdullah dan Hadiah Leen ketika ditemui TVS berhubung pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kemajuan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini, hari ini. Foto: Zen Hashim

Kemajuan pelaksanaan Perjanjian MA63 disambut baik rakyat Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 4 Jan: Keputusan Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan sepenuhnya sebarang projek bernilai bawah daripada RM 50 juta disambut baik rakyat di negeri ini.

Tinjauan TVS di sekitar Tebingan Kuching di sini, mendapati rata-rata daripada mereka menyifatkan pengumuman yang dibuat kerajaan Persekutuan itu sebagai keputusan yang tepat dan wajar.

Menurut Noraishah Tan Abdullah, 55, pengumuman tersebut merupakan satu langkah ke hadapan dalam mengembalikan hak Sabah dan Sarawak.

“Saya bersetuju sepenuhnya dan saya menyokong apa yang diumumkan kerajaan hari ini, kerana kalau kita menggunapakai kaedah lama, ia memakan masa yang panjang untuk menyiapkan sesuatu projek,

“Bagi saya, perkara-perkara melibatkan pembangunan untuk rakyat mesti disegerakan dan tidak perlu melalui proses yang panjang, “ katanya.

Bagi Ameer Dawi, 28, langkah sedemikian juga dapat memperkasakan lagi pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Sebagai rakyat Sarawak, saya merasakan perkara ini sangat baik iaitu ia memudahkan lagi pelaksanaan projek pembangunan tanpa melalui proses yang panjang,

“Langkah ini memberi manfaat yang cukup besar terutama kepada kawasan luar bandar, “ ujarnya.

Turut senada, Hadiah Leen, 62, yang beranggapan bahawa sudah tiba masanya pembangunan di kawasan luar bandar diperkasakan bagi memastikan penduduk di kawasan itu turut menikmati kemudahan yang dimiliki kawasan bandar.

“Kita di Sarawak ini boleh lihat sendiri kekurangan dari segi infrakstruktur di kawasan pedalaman,

“Saya harap apa yang diumumkan Perdana Menteri kita hari ini dapat membantu membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak ini, “ katanya.

Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa kemajuan yang berjaya dicapai dalam menyelesaikan tuntutan yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pengumuman itu dibuat setelah tamatnya tempoh sebulan yang diberikan beliau kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof dalam usaha mewujudkan kemajuan bagi menyelesaikan perkara tertunggak dalam MA63.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan