Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengetua SMK Dato Permaisuri, Donny Dahlan ketika ditemui TVS pada hari ini. Foto: TVS

SMK Dato Permaisuri terima kemasukan pelajar dengan persiapan rapi

MIRI, 3 Jan: Sesi persekolahan penggal 3 sesi 2022/2023 bermula hari ini bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan B termasuk Sarawak.

Tinjauan TVS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Permaisuri di sini, mendapati persiapan rapi telah dilakukan dari aspek pengajaran, pembelajaran serta keselamatan anak murid.

Pengetua SMK Dato Permasuri, Donny Dahlan berkata, sekolah itu sentiasa bersedia untuk menerima ketibaan murid-murid, memastikan tahap kebersihan di sekolah sentiasa terjaga dan semua guru juga membuat persediaan awal semasa cuti.

“SMK Permaisuri sentiasa bersedia untuk menerima ketibaan murid pada hari pertama persekolahan. Antara persiapan dari segi fizikal yang telah dibuat adalah memastikan tahap kebersihan prasarana sekolah iaitu kerusi dan meja sentiasa terjaga dan teratur.

“Selain itu, persiapan dari segi pembelajaran, guru-guru telah bersedia awal semasa cuti dan mengadakan mesyuarat untuk memastikan persediaan guru pada tahap yang terbaik,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Selain itu, tambahnya, bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin daripada virus COVID-19, pihak sekolah itu menekankan penggunaan pelitup muka bagi semua anak murid dan guru yang berada di kawasan sekolah.

“Kita juga sedia maklum tentang ancaman COVID-19 yang masih belum reda lagi. Kita sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa menggunakan pelitup muka terutamanya dalam kawasan bangunan sekolah iaitu di dalam kelas bagi memastikan terhindar dan sebagai langkah pencegahan untuk penyakit berjangkit ini,” katanya.

TVS juga sempat mendapatkan reaksi ibu bapa mengenai hari pertama persekolahan anak-anak mereka di SMK Dato Permaisuri.

Rata-rata ibu bapa telah membuat persiapan secukupnya dari segi mental dan fizikal sebelum anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato Permaisuri, Miri, William Lim berkata anaknya begitu teruja untuk kembali ke sekolah setelah bercuti.

Walaupun bimbang dengan pandemik COVID-19, beliau yakin pihak sekolah mematuhi SOP bagi memastikan anaknya selamat.

“Sebagai ibu bapa, saya berasa sedikit gementar tentang pandemik COVID-19 ini tetapi setakat ini semuanya masih terkawal,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan