Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab. Foto: TVS

MA63 bukan perkara kecil, memanfaatkan rakyat – Yusuf

DARO, 3 Jan: Isu melibatkan tuntutan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan perkara kecil sebaliknya melibatkan kepentingan dan masa depan rakyat.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata ia juga harus dilihat sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai pelengkap ke arah pembentukan sebuah negara yang kukuh dan stabil.

Beliau turut menyifatkan tuntutan hak dan kepentingan Sarawak sebagai langkah besar dalam menentukan hala tuju Sarawak pada masa hadapan.

“Tuntutan ini besar (nilai) sebenarnya, jangan kita dengar MA63 seolah-olah bernilai RM60 sahaja. Tuntutan ini kalau diikut dengan mata duit sekarang beratus-ratus juta, kalau tidak berbilion,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Saai, dekat sini pada Ahad.

Yusuf berkata lagi, kejayaan menuntut hak Sarawak yang termaktub dalam MA63 akan disusuli dengan pelbagai manfaat untuk rakyat.

“Bayangkan kalau duit beratus-ratus juta ini datang ke Sarawak, berapa banyak projek kita boleh buat, berapa kampung kita boleh bagi, berapa banyak jambatan, berapa banyak jalan, berapa banyak menara telekomunikasi kita boleh buat,” katanya.

Pada masa sama, beliau yakin Kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk mampu mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan sekali gu memberi manfaat kepada Sarawak.

“Kita berharap dengan kejayaan ini, jumlah menteri kita seramai lima orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, enam timbalan menteri akan memberi kekuatan, keyakinan, memberi lebih banyak peruntukan, lebih banyak lagi projek, lebih banyak lagi dana, lebih banyak lagi tuntutan kita iaitu tuntutan MA63,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan