Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni bersama Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting di hadapan Klinik Kesihatan Bandaraya Miri. Foto: TVS

Klinik Kesihatan Bandaraya Miri dijangka beroperasi pertengahan tahun ini

MIRI, 3 Jan: Klinik Kesihatan Bandaraya Miri yang terletak berhampiran dengan Hospital Miri dijangka beroperasi pada Mei atau Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata fasiliti kesihatan ini dapat menampung kapasiti pesakit 500 hingga 800 orang pesakit sehari.

Apabila beroperasi, ia menawarkan perkhidmatan pakar keluarga, ibu dan anak, lima bilik unit pergigian dan 15 bilik rawatan.

Projek bernilai RM26 juta berperanan sebagai pelengkap dua klinik kesihatan sedia ada – Klinik Kesihatan Miri di Jalan Merbau dan Klinik Kesihatan Tudan di Jalan Tudan.

“Pembinaan klinik baharu itu hampir siap. Dari aspek pembinaan, jadual tentatif dijangka siap pada 15 Januari ini.

“Ia mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan untuk memasang peralatan. Justeru, klinik kesihatan baharu ini dijangka dibuka kepada orang ramai sekitar Mei atau selewat-lewatnya Jun tahun ini,” katanya pada sidang media selepas pemeriksaan projek berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting.

Pada masa yang sama, Lukanisman menasihatkan orang ramai agar menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan temujanji dos penggalak kedua.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini supaya masyarakat dapat menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan temujanji untuk dos penggalak yang kedua kerana dos kedua ketika ini dalam kadar yang sangat rendah. 

“Keutamaan dos penggalak kedua ini kepada warga-warga yang berisiko dan berusia 60 tahun ke atas. Vaksin-vaksin ini tersedia di klinik-klinik kesihatan terpilih dan juga di Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) terpilih. Kita menggunakan perkhidmatan MySejahtera untuk mendapatkan temujanji tersebut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan