Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati dari Timbalan Presiden RISEAP, Ridzuan Wu pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung RISEAP di Kuching, hari ini. Foto: Iskandar Razak

Abang Johari hargai peranan Tun Abdul Taib memajukan RISEAP

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 3 Jan: Kepimpinan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Presiden Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) telah banyak membawa kemajuan organisasi berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Abdul Taib merupakan pemimpin hebat dan wajar dicontohi kerana telah memberi sumbangan yang amat besar dalam aktiviti dakwah di Malaysia.

“Jasa beliau sangat besar menerusi dakwah secara lembut dengan sabar, bukan sahaja di negara ini, malah juga di rantau Pasifik, “ katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung RISEAP Kali Ke-19 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Tun Abdul Taib, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Presiden RISEAP, Ridzuan Wu.

Pada masa sama, Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan Presiden pertama RISEAP.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana telah mewujudkan RISEAP bagi melihat masa depan minoriti Islam di rantau ini.

“Ia adalah sumbangan yang besar bukan sahaja untuk menaik taraf sosial, malah menyumbang kepada kesejahteraan manusia,“ katanya.

Untuk rekod, RISEAP yang ditubuhkan pada 11 November 1980 merupakan hasil cetusan idea Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kini diterajui Tun Abdul Taib.

Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah untuk menyatukan negara-negara minoriti Islam di Asia Timur dan Pasifik.

Sehingga hari ini, ia dianggotai 24 negara yang mana jumlah keahliannya meningkat saban tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan