Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah gerai roti canai popular di Jalan Transfer, George Town diarahkan tutup 14 hari bermula hari ini selepas didapati gagal memastikan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Foto: TVS

Najis ayam pada telur, gerai roti canai popular di Pulau Pinang diarah tutup

GEORGE TOWN, 2 Jan: Sebuah gerai roti canai popular dalam kalangan pelancong di Jalan Transfer di sini diarahkan tutup selama 14 hari bermula hari ini selepas didapati gagal mematuhi kebersihan.

Notis penutupan tersebut dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 selepas pihaknya melakukan pemeriksaan hari ini.

Pada pemeriksaan kira-kira pukul 11 pagi itu, penguat kuasa BKKM turut mendapati najis ayam masih terdapat pada kulit telur yang digunakan untuk menyediakan roti canai.

Difahamkan, satu kompaun RM500 turut dikeluarkan BKKM selepas pemilik premis tersebut didapati gagal menghantar pekerjanya mengikuti kursus pengendalian makanan.

Sementara itu, pemilik gerai, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan berikutan kejadian itu.

“Kami akan menggunakan tempoh yang diberi ini sebaiknya bagi membersihkan gerai,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sebelum ini, satu video memaparkan pekeja sebuah gerai roti canai popular di negeri ini yang didakwa tidak mengamalkan aspek kebersihan ketika menyediakan hidangan itu tular di media sosial.

Video berdurasi kira-kira 50 saat itu dipercayai dirakam pelanggan gerai terbabit yang kemudiannya memuat naik ke laman sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan