Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di timur dan utara Sabah pada esok dan Rabu (3 dan 4 Jan), berikutan penumpuan angin yang dijangka berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca. Foto: Bernama

MetMalaysia ramal hujan di timur, utara Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 2 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di timur dan utara Sabah pada esok dan Rabu (3 dan 4 Jan), berikutan penumpuan angin yang dijangka berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut dijangka dalam tempoh sama di pedalaman dan barat Semenanjung, serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan