Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Basal Telo di Kampung Tekajong, Pulau Bruit, Daro. Foto: TVS

Basal Telo dan Medan Niaga tarikan baharu utara Pulau Bruit

DARO, 2 Jan: Kewujudan ‘Basal Telo’ atau Teratak Kita di Kampung Tekajong dan Medan Niaga Nelayan di Kampung Bruit di sini menjadi tumpuan orang ramai sekali gus muncul sebagai tarikan baharu kepada pengunjung ke kawasan dalam Daerah Daro ini.

Basal Telo, tumpuan orang ramai, sekali gus menjadi tarikan baharu kepada pengunjung yang datang ke utara Pulau Bruit, Daro. Foto: TVS

Pengunjung tidak hanya berpeluang mendapatkan ikan segar tetapi juga menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Sambutan menggalakkan terhadap dua premis itu secara tidak langsung, membuka peluang kepada para peniaga  yang kebanyakannya suri rumah untuk meningkatkan taraf sosioekonomi. 

Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Bruit, Awang Hipni Abang Ibrahim berkata mereka begitu bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan sejak dua premis ini beroperasi.

“Persatuan nelayan kawasan Bruit mengambil inisiatif membina dua buah gerai makanan satu di kampung tekajong dan satu lagi berada di kampung Bruit, operasi di kampung tekajong sebanyak enam pintu dan di kampung bruit enam buah pintu, satu untuk persatuan nelayan kawasan bruit sendiri,” katanya ketika ditemui TVS di sini pada Ahad.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira kerana kemudahan itu menyediakan ruang niaga yang cukup selesa kepada pengunjung dan peniaga.

“Persatuan nelayan kawasan Bruit juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol kerana telah memperuntukkan, RM300,000 untuk dua gerai makanan Kampung Bruit dan di Tekajong. 

“Peruntukan ini diminta oleh YB Datuk Abdullah semasa lawatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa membuat lawatan di Kampung Tekajong,” jelasnya.

Pada masa yang sama, penambahbaikan atau keceriaan kawasan premis itu juga akan terus dijaga dan bakal dinaik taraf jika perlu.

Awang Hipni berharap kemudahan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peniaga.

“Ini bukan hanya memeriahkan Pulau Bruit, tetapi juga membantu melonjakkan potensi pelancongan melalui produk pelancongan melalui produk jualan, hasil perikanan dan pertanian,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan