Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung RISEAP, Datuk Marzuki Omar. Foto: TVS

RISEAP adaptasi platform digital berdakwah

KUCHING, 31 Dis: Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) bersedia mendepani cabaran baharu dalam penyampaian dakwah secara digital dengan memanfaatkan platform teknologi baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Omar berkata pihaknya tidak akan terkecuali untuk beradaptasi dengan transformasi teknologi sebagai medium penyampaian secara berkesan.

“Sebagai contoh, generasi muda sekarang terdedah dengan platform digital seperti Youtube, TikTok, Facebook, Instagram, Whatsapp dan Telegram, jadi kita (RISEAP) juga harus bersedia, bagaimana untuk berdakwah menyampaikan Islam kepada anak muda,

“Islam merupakan agama yang indah, secara dasarnya idea untuk menangkis fahaman ekstremis terhadap Islam, jadi secara tidak langsung kita boleh meneutralkan fahaman itu di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perhimpunan Agung RISEAP 2023 di sebuah hotel terkenal di sini, hari ini.

Mengambil contoh Sarawak sebagai negeri majmuk, kata Marzuki masyarakat mampu hidup dengan nilai perpaduan tinggi dalam kepelbagaian.

“Walaupun masyarakat Islam di Sarawak merupakan kumpulan minoriti, tetapi dapat hidup dalam harmoni, malah bersama meraikan pelbagai perayaan atas nama perpaduan, namun ia tidak bermakna pegangan agama kita goyah,” tegasnya.

Justeru, katanya kebersamaan dan nilai perpaduan yang utuh itu perlu dipertahankan demi kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Dalam perkembangan sama, Marzuki berkata pihaknya akan mengadakan Perhimpunan Agung RISEAP 2023 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 1 Januari.

Ia bakal dihadiri lebih 400 delegasi dari 20 negara anggota di dunia yang akan berkampung di Kuching.

Perhimpunan dwitahunan itu akan memberi fokus kepada enam objektif utama termasuk penggunaan platform digital sebagai medium baharu penyampaian dakwah Islam.

“Objektif utama adalah untuk meraih sokongan dan perpaduan minoriti muslim di Asia Tenggara dan rantau Pasifik, kita fokus pada enam kawasan iaitu sijil halal, kita ada mussola, kepimpinan, kami akan memastikan atau menerapkan idea bebas kewangan juga sudah tentu kami ingin mempunyai kesinambungan kepimpinan,

“Akhir sekali kami ingin memastikan program kami konsisten dengan pelbagai yang berlaku di lapangan seperti yang anda sedia maklum sekarang kita ada platform TikTok, Youtube, Whatsapp, agar generasi muda terdedah dengan banyak platform,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan