Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama penduduk Kampung Muhibbah. Foto: TVS

Rakyat Miri diharap terus memberi kerjasama, demi pembangunan ekonomi

MIRI, 31 Dis: Rakyat di Miri diharapkan untuk terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara.

Demikian antara harapan tahun baharu yang diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Sri Lee Kim Shin, dalam usaha negeri ini dapat memulihkan ekonomi sekali gus mencapai matlamat negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sesi pemotongan kek sebagai simbolik perasmian majlis.

Selain itu, beliau meramalkan aktiviti industri minyak dan gas akan bertambah atas usaha Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mengadakan kerja menggali dan mencari kawasan baharu yang mempunyai minyak dan gas.

“Kita juga meramalkan bahawa pada tahun akan datang, aktiviti industri minyak dan gas akan bertambah. PETROS juga diramalkan akan mengadakan kerja-kerja menggali minyak di darat iaitu di Miri. 

Pada masa sama, aktiviti minyak dan gas di laut difahamkan juga akan bertambah dengan adanya kawasan-kawasan baharu yang mereka telah berjaya menemui minyak dan gas,” katanya demikian semasa Majlis Sambutan Hari Krismas 2022 Dan Tahun Baru 2023 di Kampung Muhibbah Kuala Baram pada hari ini.

Tambahnya, sempadan Brunei dan Miri yang telah dibuka diharapkan dapat melanjutkan masa dibuka sehingga tengah malam seperti masa sebelum Covid-19 datang melanda dunia.

“Di Miri, kita jangkakan pelbagai aktiviti ekonomi akan bertambah. Kita boleh lihat juga bahawa sempadan Brunei dan Miri ini telah dibuka dan diadakan seperti biasa tetapi setakat ini pembukaan sempadan bermula pada 6 pagi hingga 10 malam. Dahulu pernah sampai ke tengah malam. Mungkin pada tahun akan datang apabila keadaan Covid-19 ini telah diselesaikan, kita harap pembukaan sempadan itu masanya boleh dilanjutkan sehingga 12 tengah malam,” katanya lagi.

Beliau juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Miri dan semua agensi yang terlibat atas kerjasama yang diberikan semasa menghadapi pandemik Covid-19 bersama-sama sebelum ini.

“Semangat muhibah dan perpaduan yang kuat dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini perlu kekal diperkukuhkan supaya masyarakat terus hidup dalam harmoni untuk tahun-tahun yang mendatang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan