Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato.

Peluncur udara maut terhempas pada cerun konkrit

ByBernama

KOTA KINABALU, 31 Dis: Seorang peluncur udara maut setelah terhempas ke cerun konkrit di dalam kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Manggatal di sini kira-kira pukul 2 petang pada Jumaat.

Lelaki berusia 26 tahun itu difahamkan sempat menurunkan penumpang di kawasan berhampiran, namun kemudian diterbangkan oleh angin kuat sebelum terhempas dan maut di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Kalsom Idris ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu yang masih dalam siasatan pihak polis.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I dan kes pada masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan