Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan media JKN Sarawak. Foto: JKN Sarawak

Pegawai perubatan didakwa cabul pesakit, JKN Sarawak mohon tiada sebarang spekulasi

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 31 Dis: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak sentiasa memandang berat berkaitan keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasilitinya di Sarawak.

Pengarahnya, Dr Ooi Choo Huck justeru menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan kakitangannya yang melanggar etika sebagai penjawat awam.

Menerusi kenyataan hari ini berhubung kes seorang pegawai perubatan yang didakwa mencabul pesakit yang sedang menerima rawatan Dr Ooi mengesahkan suspek telah ditahan Polis pada Khamis, 29 Disember.

Baca artikel berkaitan > > > Pegawai perubatan diberkas, disyaki cabul wanita ketika pemeriksaan

“Kes tersebut masih dalam siasatan pihak Polis,” ujarnya serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Dalam pada itu, Dr Ooi turut berharap agar kejadian itu tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan dalam kalangan orang ramai.

Tedahulu, seorang pegawai perubatan lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah pusat perubatan di sini, Khamis lalu.

Suspek ditahan pada hari sama kejadian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuching yang menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun dan kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan