Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal. Foto TVS

Gurauan pekerja kilang bawa bom di lapangan terbang terima padah

GEORGE TOWN, 31 Dis: Tindakan seorang pekerja kilang warga asing bergurau dengan memberitahu membawa bom ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini mengundang padah apabila ditahan Polis pada Khamis, 29 Disember.

Wanita berusia 33 tahun yang dalam perjalanan pulang ke Medan, Indonesia itu ditahan selepas melakukan tindakan tersebut di kaunter daftar masuk kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, suspek dikatakan telah bertindak membuat ungkapan bom di kaunter syarikat penerbangan AirAsia bernombor 33 dan 34.

“Dia ditahan selepas bergurau ketika petugas di kaunter melakukan pemeriksaan barang di dalam beg sambil suspek dengan lantang menyebut ‘ada bom’.

“Tindakan itu didengari kakitangan di kaunter berkenaan dan orang lain yang sedang menunggu untuk daftar masuk penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Kamarul Rizal, suspek yang bekerja di sebuah kilang di Ipoh, Perak dikatakan sedang menuju ke Medan, Indonesia bersama dua rakannya yang dijadualkan menaiki penerbangan pada pukul 5.30 petang itu.

“Suspek bagaimanapun direman dua hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan