Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UAZ NEXTGENERATION, GB06 Enforce Royale dan SM New Era menerima Cek Mock Up dan Pingat daripada Presiden Persatuan Muaythai Negeri (PMNS) Jumaat Ibrahim. Foto: UKAS

UAZ NEXTGENERATION juara PUBG Mobile di Kejohanan Muay Thai Piala TYT 2022

KUCHING, 30 Dis: Aksi memukau UAZ NEXTGENERATION dalam dua peta terakhir dengan memperoleh ‘back-to-back Winner Winner Chicken Dinner (WWCD)’ membuahkan hasil muncul juara pada pertandingan PUBG Mobile Kejohanan Muay Thai Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sarawak 2022.

Menurut Presiden Persatuan Muaythai Negeri (PMNS) Jumaat Ibrahim, pertandingan itu merupakan acara sampingan kejohanan sukan Muay Thai selain memberi peluang kepada pencinta sukan elektronik tempatan mempamerkan aksi mereka.

“Alhamdullillah, sambutan terhadap pertandingan ini sangat memberangsangkan membuktikan e-sports ini semakin diminati golongan belia hari ini.

“Pertandingan ini bukan sahaja mengasah bakat anda dalam sukan e-sports namun apa yang penting, anak-anak muda kita dapat berinteraksi secara sihat sesama mereka,” katanya dipetik menerusi laporan UKAS.

Terdahulu pertandingan itu turut menyaksikan naib juara disandang oleh GB06 Enforce Royale walaupun tiada sebarang WWCD diperoleh.

Manakala SM New Era menduduki ketiga seterusnya DBD Terminator sekadar berpuas hati di tempat keempat setelah kedua pasukan hanya dipisahkan dengan dua mata sahaja.

Turut hadir dalam majlis tersebut Penolong Setiausaha Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Nasir Lariwoo dan Timbalan Pengarah DBKU Faizal Adenan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan