Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar hantaran Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkenaan isu ini di Facebook beliau. Foto: Facebook Fahmi Fadzil.

Siasat dakwaan kebocoran maklumat 13 juta rakyat Malaysia – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) diminta menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data maklumat membabitkan 13 juta rakyat Malaysia yang tersebar di media sosial awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kebocoran data berkenaan adalah serius melibatkan jumlah maklumat yang banyak.

“Saya akan minta CSM, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mengongsikan satu hantaran milik pengguna akaun Facebook dengan nama Pendakwah Teknologi yang mendakwa hampir 13 juta maklumat pengguna daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Berdasarkan hantaran itu, pada 25 Dis 2022 kira-kira 7.56 malam, sebuah laman web telah menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna SPR.

Maklumat yang dibocorkan didakwa melibatkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan