Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS

Sarawak ada dana untuk anjur lebih banyak acara pada 2023

ByNazirah Adlina

KUCHING, 30 Dis: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mempunyai dana mencukupi untuk penganjuran lebih banyak acara pada 2023 berbanding RM40 juta pada tahun ini.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengalu-alukan pelbagai pihak untuk menganjurkan lebih banyak acara-acara lain di Sarawak seperti Festival Hutan Hujan Dunia (Rainforest World Music Festival) yang mengisi kalender pada Jun lalu.

“Mereka boleh mengemukakan (cadangan), kerana kami mempunyai dana yang mencukupi untuk mengajurkan acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, di sini, hari ini.

Pada perkembangan lain, beliau turut mendedahkan Sarawak telah berjaya menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa menerusi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak walaupun terdapat kekangan seperti penularan wabak COVID-19 pada awal tahun ini.

“Penganjuran acara seperti ini membuat banyak negeri lain di Malaysia cemburu kerana melihat Sarawak dapat menganjurkan pelbagai bentuk acara hiburan, sukan serta sukan,” ujarnya sambil menekankan acara serupa akan dilangsungkan pada tahun 2023.

Terdahulu, majlis menyaksikan simbolik penyerahan tugas oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Hii Chang Kee yang bakal berpindah ke Jabatan Premier Sarawak kepada Datu Sherina Hussaini yang merupakan Residen Bahagian Kuching.

Majlis yang sama turut menyaksikan serah tugas oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Nancy Jolhi kepada Morshidi Federick, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Sports Corporation.

Untuk rekod, Hii Chang Kee bakal menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Negeri dan Nancy Jolhi bakal memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Muzium Sarawak yang berkuatkuasa pada 3 Januari 2023.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat, Timbalan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Dato Snowdan Lawan, serta Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Tourism Board, Sharzede Datu Haji Salleh Askor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan