Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: BERNAMA

Pulihara budaya etnik minoriti Sarawak melalui digitalisasi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Dis: Saranan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mahu mengabadikan keunikan budaya dan tradisi etnik di Sarawak secara digital disambut baik oleh pakar industri.

Penyelidik dan Pensyarah Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Elexson Nillian berpendapat pendigitalisasi adalah langkah terbaik untuk mempamerkan kepelbagaiaan ketara dalam etnik, budaya dan bahasa agar tidak lenyap ditelan zaman.

”Kita kini telah beralih kepada era digitalisasi. Generasi muda kini begitu dekat dengan media sosial dan seangkatan dengannya. Ini adalah salah satu inisiatif proaktif daripada kerajaan negeri kita untuk memulihara budaya kita.

”Kita mempunyai 34 etnik di Sarawak dimana 31 adalah orang asli dan ada beberapa masih lagi tidak dikenali. Saya rasa kita memerlukan satu platform untuk benar-benar meneroka dan melakukan pameran mengenai etnik mereka,” katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Dr Elexson yang merupakan etnik bangsa Sebob berkata, inisiatif daripada Kerajaan Sarawak merupakan satu langkah terbaik untuk memberi platform yang meluas kepada sub etnik dan etnik minoriti di Sarawak untuk dipromosikan kepada orang luar.

”Saya juga mempunyai inisiatif untuk mendekati media elektronik dan seangkatan dengannya serta beberapa daripadanya kepada agensi untuk mempromosikan budaya saya sendiri, ini kerana saya sendiri mempunyai platform sebagai penyelidik dan ahli akademik, menjadikan ia lebih mudah namun tidak bagi golongan minoriti yang tidak mempunyai sebarang platform.

”Jadi, saya fikir ini adalah satu inisiatif yang baik dan saya nantikan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk usaha ini. Saya rasa ini sangat membantu sub etnik di mana saya boleh namakan seperti Kedayan, etnik saya sendiri Sebob, Kejaman, Sekapan, Berawan dan Lun Bawang,” tambahnya.

Pada masa sama, Dr Elexson menegaskan media elektronik seperti TVS juga merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan budaya Sarawak kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mahu budaya dan tradisi 34 kumpulan etnik Sarawak dirakam secara digital sebagai sumber rujukan kepada generasi muda.

Ini kerana menurut beliau, banyak keindahan Sarawak yang masih belum diterokai dan diperkenalkan kepada orang ramai terutamanya pelancong asing. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan