Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pegawai perubatan diberkas, disyaki cabul wanita ketika pemeriksaan

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 30 Dis: Seorang pegawai perubatan diberkas setelah disyaki mencabul seorang wanita berumur 34 tahun di bilik rawatan, sebuah pusat perubatan di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitenden Merbin Lisa berkata suspek berumur 28 tahun itu diberkas polis setelah menerima laporan daripada wanita pada jam 6 petang.

Baca artikel berkaitan > > > Pegawai perubatan didakwa cabul pesakit, JKN Sarawak mohon tiada sebarang spekulasi

“Suspek mengambil kesempatan untuk mencabul kehormatan mangsa ketika menjalankan prosedur pemeriksaan secara bersendirian di dalam bilik rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Suspek diberkas pada petang semalam manakala kejadian berlaku pada 11.30 pagi.

Kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 354, Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian atau kenyataan yang tidak tepat berkenaan isu ini bagi memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan