Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas dan Guru Koir Jehté Chamber Choir, George Tay (duduk) bersama ahli koir (dari kiri) Luke, Erick, Lester, Ahmad, Cornelius, Jonah, Lynda, Chong, Linda, Dinah, dan Alice. Foto: HuaChiang Chan

Konsert sulung Jehté Chamber Choir, suatu kebanggaan

KUCHING, 30 Dis: Konsert sulung kumpulan Jehté Chamber Choir di Hotel Telang Usan, di sini pada 26 Disember lalu, memukau peminatnya dengan kehadiran penonton melebihi sasaran.

Kejayaan konsert itu, menurut pengasasnya, George Tay, ia merupakan suatu kebanggan pihaknya yang menempa nama serta berpangkalan di bandar raya ini.

George menyifatkan kumpulan tersebut pada dasarnya diasaskan bagi memberi tenaga kepada adegan paduan suara tempatan serta meluaskan persepsi orang ramai terhadap nyanyian melangkaui tujuan keagamaan.

“Melalui masa yang sukar, seperti pada kemuncak COVID-19 apabila ahli koir kami terpaksa berlatih melalui aplikasi Zoom.

“Apabila kita sudah keluar daripada sekatan COVID-19, mereka akhirnya dapat berjumpa sesama mereka sendiri untuk berlatih dan menyanyi bersama-sama,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Pada konsert berkenaan, penonton dihiburkan dengan persembahan repertoir yang menampilkan lapan buah koral yang membangkitkan mood dan emosi yang berbeza serta lagu rakyat dalam gaya Dikir Barat dan pepatah Māori yang merdu antara lain.

Antara persembahan lain termasuk persembahan nyanyian solo daripada Lester Geres, Moses dan Martina Tie yang juga bermain piano secara solo yang diikuti Marcus Ngieng, Ahmad Deedat dan Jonah Lim yang berganding sama Jee Yi Jin yang mempersembahkan duet secara ‘2-pianos/4-hands piano.’

“Penonton kemudian dihiburkan dengan persembahan tarian daripada Zephyr Dance Studio yang mempamerkan pergerakan yang anggun dalam tarian yang dikoreografikan dalam nada lagu Krismas,

“Konsert itu diakhiri dengan persembahan ‘gentle lullaby’ oleh Jehté Chamber Choir,” ujarnya.

Sebelum ini, kerja keras dan keazaman mereka akhirnya membawa hasil kerana berjaya memperoleh ‘Special Mention Award’ di Pertandingan Muzik Antarabangsa Medici, Anugerah Diploma Emas di Malaysian Choral Eisteddfod, dan Naib Juara dalam Pertandingan Koir Perpaduan peringkat Negeri anjuran Kementerian Perpaduan Negara dalam tahun yang sama. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan