Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KGT tambahan khas RM100 kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Jan 2023 – JPA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas sebanyak RM100 kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dalam kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan serta profesional akan berkuat kuasa 1 Januari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini memaklumkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (PP Bil. 2/2022) pemberian KGT Tambahan Khas itu akan diberikan pada tahun 2023 sahaja.

Walaubagaimanapun pembayaran KGT tambahan Khas akan dibuat mulai tarikh pembayaran gaji bagi bulan Januari 2023.

“Pegawai yang layak (menerima KGT) ialah mereka yang bertaraf tetap, sementara dan kontrak (contract of service) dan telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 serta sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023.

Pemberian KGT Tambahan Khas ini tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa,” menurut JPA.

JPA turut memaklumkan pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain hukuman buang kerja yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 juga layak menerima KGT Tambahan Khas ini.

“Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2023 juga layak menerima manfaat KGT Tambahan Khas ini yang mana ia akan diambil kira dalam gaji akhir pegawai bagi tujuan faedah persaraan,” menurut JPA.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat pada 20 Disember berkata Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan pemberian KGT Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

Inisiatif pemberian KGT Tambahan Khas ini diumumkan melalui Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-18 pada 30 Ogos dan pembentangan Bajet 2023 pada 7 Nov lepas, di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan