Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar yang tular di media sosial membabitkan pasangan warga asing ceroboh panjat menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.

PMVSB beri kerjasama penuh siasatan insiden ceroboh Merdeka 118

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Dis: PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung tindakan pasangan yang memanjat ke puncak menara Merdeka 118.

PMVSB dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembinaan menara itu masih berjalan dan keselamatan menjadi keutamaan mereka.

“Siasatan sedang dijalankan. Sebagai milik persendirian, sebarang pencerobohan tertakluk di bawah peraturan dan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan laporan akhbar semalam, polis memaklumkan akan menjalankan siasatan terhadap pasangan berkenaan yang dipercayai menceroboh bagi memanjat menara itu dan kedua-duanya akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

Seorang daripada pasangan itu berkongsi gambar dalam laman web pada 26 Dis lepas memaparkan mereka berada di puncak menara Merdeka 118, yang merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, sebelum ia tular menerusi media sosial dan beberapa platform lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan