Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

APM Sarawak pantau 94 lokasi berpotensi banjir

ByAmirah Shawel

KUCHING, 29 Dis: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak akan memantau 94 lokasi yang berpotensi dilanda banjir melibatkan kawasan dijangka terputus hubungan berikutan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Ketua Bahagian Operasi dan Sekretariat APM Sarawak, Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata pihaknya akan bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan bencana yang berlaku.

“Aktiviti pemantauan di lokasi berkenaan sedang giat dijalankan dengan pasukan pemantau akan bertindak sebagai pasukan pantas respon sekiranya berlaku apa-apa kes atau bencana di kawasan pemantauan mereka”, katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penduduk sekiranya dilanda banjir agar mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengurangkan impak bencana kepada mereka dan melicinkan proses pemindahan.

Jabir berkata penduduk yang enggan memberi kerjasama dalam proses pemindahan boleh didakwa di bawah Akta 221 Seksyen 4C iaitu denda sehingga RM10,000.00.

Pada Rabu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa bahagian di Sarawak selama dua hari bermula 30 Disember ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan